thank you for opening my blog..salam sayang dari asma =)

Wednesday, November 21, 2012

resepi buah melaka

assalammualaikum dan selamat petang semua.. haa... hari ini ntah mood apa ntah asma nie rajin sangat masuk dapur petang-petang.. haihh... *nak kahwin kut.. weheee.. tak da laa.. lawak ja.. muda lagi la nak kahwin.. masak pun linkang pukang lagi.. nie kan nak masak untuk bakal iman asma.. haihh.. kalau nak kahwin pun asma akan pasti kan asma dah boleh masak sesedap mungkin untuk bakal imam asma.. weheee.. gatai noh.. report mama milah.. hehee... ok2 back to the tittle of the entry.. resepi buah melaka! petang nie asma nak la sharing2 ilmu yang asma ada iaitu pasal resepi buah melaka... ia adalah sejenis kuih tradisional yang sangat famous di malaysia.. *tak taw la betoi ke tak.. hehehe.. bedal je laa.. ok2... bahan2 nya adalah seperti berikut:


bahan-bahan:

- tepung pulut(ikut suka banyak mana nak)
- 6 helai daun pandan(blender)
- gula melaka( potong dadu)
- kelapa parut(letakkan sedikit garam di dalam kelapa parut)
- garam (secukup rasa)


cara memasak buah melaka:

1)  ambil beberapa helai daun pandan dan blender bersama sedikit air masak. kemudian toskan untuk mendapatkan air pandan
2)  kemudian campurkan air pandan tadi dengan secubit garam.


3)  kemudian didalam bekas yang berisikan tepung pulut, tuangkan air pandan tadi sedikit demi sedikit dan uli sehingga boleh buat bulat-bulat kecil. jangan terlalu lembik.


4)  kemudian setelah membuat bulatan-bulatan kecil masukkan gula melaka dalam bulatan kecil tadi itu dan uli lagi sekali untuk mendapat kan bulatan yang lebih cantik..





5)  kemudian panaskan kuali yang diisi dengan air dan tunggu sehingga mengelegak air tersebut.


6)  kemudian masuk kan buah melaka tadi ke dalam kuali yang mempunyai air yang panas dan tunggu sehinga buah melaka tadi terapung di atas permukaan air tersebut.


7) akhir sekali angkat buah melaka tersebut dan digolekkan bersama kelapa parut. siap!



INI LAH HASILNYA!



selamat mencuba.. OK la setakat ini saja yang boleh asma sharing dengan korang semua.. hope kalau korang buat menjadi la ye.. hehehe... bubye... salam sayang dari asma...

2 comments:

  1. suka!!! suka sgt kuih ni..thank you share ye..
    Hi, saya nk jmput tuan blog dan yg lain2 utk join contest dr QIOS. Jom! Jomlaa~ Jom2!
    CONTEST! Jom serbu! Hadiah bernilai RM50 dari QIOS!

    http://qiostestblog.blogspot.com/2012/11/contest-peraduan-mereka-cipta-nama-blog.html

    ReplyDelete