thank you for opening my blog..salam sayang dari asma =)

Tuesday, January 1, 2013

tahun baru+azam baru


Assalammualaikum semua.. haaa.. sebelum nie asma dah janji kan dengan korang nak update blog pasal tahun baru.. haa.. ini la dia sambungan dari entry ini  yeaaa.. alhamdulillah hari nie dah masuk tahun baru.. korang mesti ada azam baru kan?? Banyak kenangan yang lalu yang indah dan pahit.. tapi biarlah ia berlalu.. lupakan yang lama buka muka baru.. biarlah kenangan yang pahit itu dijadikan sebagai pengajaran kepada kita untuk membuat sesuatu yang lebih baik.. itu lebih indah kan2.. tahun baru nie asma akan jadi kan ia lebih bermakna dalam hidup asma.. mungkin tahun 2012 kadangkala memberi banyak kenangan manis dan pahit dalam hidup asma..  tapi asma dah redha dengan semua takdir ini.. mungkin allah nak uji sama ada asma nie kuat ke tak  dalam menghadapi dugaan nie.. meski pun terluka tapi biarlah hati ini yang tanggung dan rasa.. tak elok kan jika membabitkan orang yang rapat dengan kita dan menyusahkan mereka dengan masalah yang kita hadapi.. susah kita biarlah kita yang tanggung.. itu bagi asma laa..asma tak  sanggup nak tengok orang yang rapat dengan asma sedih tengok keadaan asma yang pedih ini.. tapi dengan tahun baru, insyaallah segalanya akan baru dan kehidupan asma lebih happy dari tahun sebelum-belumnya.. asma happy bersama keluarga tercinta, bersama sahabat-sahabat asma di kedah, sahabat-sahabat di kolej mahupun sahabat-sahabat di facebook, twitter dan tak lupa sahabat-sahabat di blog ini.. asma bahagia dengan korang walaupun tanpa orang yang sudah pergi tinggalkan asma mahupun hidup dan mati..

Bagi asma, semua itu adalah satu lumrah hidup yang hanya bermain sesama manusia.. tahun baru nie dan niat yang baru dan ikhlas asma harap tahun nie mempunyai seribu kenangan manis yang tak dapat dilupakan.. insyaallah.. biarlah kenangan yang pahit dipadam sedikit demi sedikit..  azam baru nie jugak, insyaallah sem nie menjadi yang terbaik untuk diri asma.. insyaallah menjadi pelajar DEKAN! Insyaallah.. tahun baru nie jugak insyaallah akan membuka lebaran yang baru dalam kehidupan asma.. hurmm.. ok la sampai disini sahaja entry asma kali nie.. insyaallah jumpa di masa dan waktu yang lapang.. bubye..assalammualaikum.. salam sayang dari asma..



##senyum itu bahagia##